Isnin, 23 Februari 2009

Tanaman cadangan

Kerja pembajakan sedang di jalankan pada 22 feb lalu. pagi ini (24 feb) 2 org pegawai dari jabatan pertanian telah membuat lawatan tapak.Berita yang mereka sampaikan ialah, mereka mencadangkan tapak ini di tanam dengan pokok betik dan jagung.

Malam tadi,saya telah bertemu dan berbincang dengan Tuan haji Ismail ( Pengarah Urusan HPA) berkaitan dengan projek yang akan di bangunkan diatas tanah ini.Beliau mencadangkan tanaman kontan seperti tanaman roselle untuk di beli oleh pihak HPA. Butiran lanjut akan diberitahu kelak setelah pihak pengurusan HPA mengenal pasti berapakah keluasan yang mereka perlukan dan apakah jenis tanaman yang mereka perlukan.

Jumaat, 20 Februari 2009

Tanam Terung



PANDUAN MENANAM TERUNG




PENYEDIAAN TANAH

  • Di ladang
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 inci). Sediakan batas berukuran 1.2 m (48 inci) lebar dan 22-39 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 inci). Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi).

  • Dalam Pasu
    Dalam pasu dan bekas-bekas lain. Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu hingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

MENYEDIAKAN ANAK BENIH

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 3 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 inci) dan 2 cm (1 inci) antara biji benih. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM

  • Di Ladang
    Anak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 60 cm antara baris.

  • Dalam Pasu
    Tanam terus 3-4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm (1 inci). Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

MENYIRAM

Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

MEMBAJA

  • Di Ladang
    Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.

  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
    Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

SUNGKUPAN

  • Di ladang
    Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
    Gunakan rumput-rumput kering.

MERUMPUT

Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak. Bajak tanaman di pasu cabut rumpai yang tumbuh.

MENYEDIAKAN SOKONGAN

  • Di Ladang
    Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1 1/2 meter (5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
    Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1:2 pH (4 kaki) panjang.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

  • Serangga
    Sembur racun serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar (10 gm) segelen air) untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah.

  • Penyakit Layu Bakteria
    Penyakit ini boleh dielakkan dengan membuat penelitian yang kerap, pengurusan yang baik serta sistem pengairan yang sempurna dan melakukan sistem tanaman pusingan. Teknik-teknik cantasan terkini pula boleh membantu meningkatkan hasil.



























  • Penyakit Reput Buah
  • Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 gm segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl (seperti Benlate) pada kadar 1 sudu teh atau 3 gm segelen air untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL

  • Di Ladang
    Mulalah memetik buah 6 minggu selepas mengubah. Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil ialah sebanyak 75 hingga 125 kg bagi 50 meter persegi.

  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
    Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam. Anggaran hasil ialah 1 kg. sepokok.


KULTIVAR-KULTIVAR TERUNG

Umumnya kultivar terung boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu:-

  1. Kultivar Primitif

    Sejenis kultivar terung tempatan yang berbuah kecil dengan kelebarannya kira-kira 3 cm berbentuk samada bulat, bujur atau lonjong seperti jari telunjuk dan berwarna samada hijau, putih atau hijau berjalur putih. Kultivar ini ditanam secara kecil-kecilan dan hanya dijual di pasaran tempatan sahaja. Kultivar ini berbuah bulat biasanya dipanggil terung kampung atau terung rapuh manakala yang bujur atau lonjong dipanggil terung telunjuk.

  2. Kultivar Moden

    Terdiri dari kumpulan kultivar berbuah besar dengan kelebaran yang melebihi 3 cm dan dipasarkan secara meluas. Kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis kultivar iaitu:-

    Kultivar Bulat
    Buah berbentuk kbulat, lebarnya boleh melebihi 10 cm berwarna unggu, kadangkala hijau atau putih.

    Kultivar Bujur / Lonjong
    Buah berbentuk bujur atau lonjong, lebarnya kadangkala melebihi bujur atau lonjong. Lebarnya kadangkala melebihi 10 cm dan panjangnya 2-3 kali lebar buah. Warna buah biasanya unggu atau unggu gelap, namun ada juga berwarna putih atau hijau.

    Kultivar Panjang
    Buah berbentuk panjang lebarnya 5-8 cm dengan panjang melebihi 3 kali ganda kelebaran buah. Warna buah biasanya unggu muda atau unggu, kadangkala hija7u atau puti

Tanam Cili Padi


CARA-CARA MENYEMAI


1. Dapatkan benih cili padi dengan membeli anak benih dari kedai atau tanaman yang sedia ada.
2.Cili padi tersebut hendaklah di kering kan terlebih dahulu dengan cara di jemur di bawah cahaya matahari
3.Setelah kering cili tersebut hendaklah dipecahkan untuk mengeluarkan bijinya dan kemudian direndam didalam air lebih kurang 4 jam .
4.Kemudian ianya di toskan dan dikeringkan di kawasan yang teduh dan kemudian di biarkan selama 2 hari supaya ianya betul-betul kering dan disimpan didalam bekas yang kedap udara seperti botol yang bertutup.
5.Dapatkan tanah bakar yang telah di simpan selama seminggu(ini perlu kerana tanah bakar yang baru akan mengakibatkan pokok tanaman menjadi kering kerana ianya masih panas)
6.Dapatkan baja organik dan tanah pasir(baja organik terdiri dari baja asli seperti tahi ayam,itik atau lembu)
7.Sediakan bekas untuk penyemaian biji benih dengan mendapatkan bekas seperti tin minyak yang telah dibelah 2 dan ditebuk di bawah permukaanya(tin perlu ditebuk menggunakan paku untuk mendapatkan permukaan yang berlubang supaya air dapat mengalir keluar semasa proses penyiraman biji benih).

8.Bahan seperti tanah bakar,baja organik dan tanah pasir hendaklah dicampurkan didalam bekas tadi dan kemudianyan disiram supaya ianya lembap(campuran tersebut mengikut nisbah 1:1:3 )
9.Biji benih yang telah disediakan hendaklah ditabur dipermukaan tanah tersebuh dan kemudianya di siram tiap-tiap hari dan hasilnya akan nampak setelah seminggu.




CARA MENANAM


1.Biji benih yang telah tumbuh itu hendak lah di biarkan selama 1 bulan di dalam bekas semaian sehingga mencapai ketinggian 150cm atau 6 inci.
2.Kemudian iaya hendaklah dipindah kan kedalam polybag yang di isi dengan campuran seperti penyediaan tapak semaian,setelah dipindahkan ianya hendaklah disiram setiap hari sehingga dewasa dan kemudianya barulah dipindahkan ke kawasan tanaman atau kedalam pasu besar.

3.Cili padi adalah sayuran yang perlu untuk semua masyarakat dalam penyediaan makan harian mereka oleh itu disamping untuk keguaan sendiri kita juga boleh memasarkanya untuk pendapatan sampingan

Khamis, 19 Februari 2009

Bermulanya cerita..

Bermulanya cerita dari sebuah kebun getah seluas 1.46 hektar, akan di bangunkankan sebuah ladang pertanian untuk sayuran (sebagai cadangan).