Jumaat, 20 Februari 2009

Tanam Terung



PANDUAN MENANAM TERUNG




PENYEDIAAN TANAH

  • Di ladang
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 inci). Sediakan batas berukuran 1.2 m (48 inci) lebar dan 22-39 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 inci). Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi).

  • Dalam Pasu
    Dalam pasu dan bekas-bekas lain. Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu hingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

MENYEDIAKAN ANAK BENIH

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 3 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 inci) dan 2 cm (1 inci) antara biji benih. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM

  • Di Ladang
    Anak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 60 cm antara baris.

  • Dalam Pasu
    Tanam terus 3-4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm (1 inci). Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

MENYIRAM

Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

MEMBAJA

  • Di Ladang
    Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.

  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
    Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

SUNGKUPAN

  • Di ladang
    Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
    Gunakan rumput-rumput kering.

MERUMPUT

Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak. Bajak tanaman di pasu cabut rumpai yang tumbuh.

MENYEDIAKAN SOKONGAN

  • Di Ladang
    Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1 1/2 meter (5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
    Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1:2 pH (4 kaki) panjang.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

  • Serangga
    Sembur racun serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar (10 gm) segelen air) untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah.

  • Penyakit Layu Bakteria
    Penyakit ini boleh dielakkan dengan membuat penelitian yang kerap, pengurusan yang baik serta sistem pengairan yang sempurna dan melakukan sistem tanaman pusingan. Teknik-teknik cantasan terkini pula boleh membantu meningkatkan hasil.



























  • Penyakit Reput Buah
  • Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 gm segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl (seperti Benlate) pada kadar 1 sudu teh atau 3 gm segelen air untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL

  • Di Ladang
    Mulalah memetik buah 6 minggu selepas mengubah. Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil ialah sebanyak 75 hingga 125 kg bagi 50 meter persegi.

  • Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain
    Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam. Anggaran hasil ialah 1 kg. sepokok.


KULTIVAR-KULTIVAR TERUNG

Umumnya kultivar terung boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu:-

  1. Kultivar Primitif

    Sejenis kultivar terung tempatan yang berbuah kecil dengan kelebarannya kira-kira 3 cm berbentuk samada bulat, bujur atau lonjong seperti jari telunjuk dan berwarna samada hijau, putih atau hijau berjalur putih. Kultivar ini ditanam secara kecil-kecilan dan hanya dijual di pasaran tempatan sahaja. Kultivar ini berbuah bulat biasanya dipanggil terung kampung atau terung rapuh manakala yang bujur atau lonjong dipanggil terung telunjuk.

  2. Kultivar Moden

    Terdiri dari kumpulan kultivar berbuah besar dengan kelebaran yang melebihi 3 cm dan dipasarkan secara meluas. Kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis kultivar iaitu:-

    Kultivar Bulat
    Buah berbentuk kbulat, lebarnya boleh melebihi 10 cm berwarna unggu, kadangkala hijau atau putih.

    Kultivar Bujur / Lonjong
    Buah berbentuk bujur atau lonjong, lebarnya kadangkala melebihi bujur atau lonjong. Lebarnya kadangkala melebihi 10 cm dan panjangnya 2-3 kali lebar buah. Warna buah biasanya unggu atau unggu gelap, namun ada juga berwarna putih atau hijau.

    Kultivar Panjang
    Buah berbentuk panjang lebarnya 5-8 cm dengan panjang melebihi 3 kali ganda kelebaran buah. Warna buah biasanya unggu muda atau unggu, kadangkala hija7u atau puti

1 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum...

    Bravo Angahnyak Halid a.k.a Wak Mustar,,!! Moga terus berjaya menghijau putihkn bumi kita,, hehehe... Ish, bila nk p Jitra nih,, melihate kulaan mo jua aai,, insyaAllah ada rezki sy p buat lawatan smbil belajar & makan terung cecah cabai kt sana, buleh kot noo... Napapang leh.. ehe..

    BalasPadam